Monday, 6 January 2014

Sebab Melayu masih lemah di bidang perniagaan



Persekitaran budaya dan sosial orang Melayu melihat berniaga itu sesuatu yang asing. Dan selalunya orang kita sering kaitkan perniagaan dengan rugi dan bankrap. Ia memberi gambaran bahawa berniaga dan rugi itu adalah seiring.

Manakala budaya orang Cina pula sangat memandang tinggi mereka yang berniaga. Orang berniaga di anggap lebih matang daripada yang makan gaji. Kerja makan gaji dianggap sebagai pekerjaan sementara dan untuk mendapatkan pengalaman sementara menunggu masa sesuai untuk memulakan perniagaan.

Pada masa yang sama kita juga hampir tidak terfikir bahawa orang Cina juga menghadapi kerugian dalam berniaga. Apa yang kita nampak ialah orang Cina berniaga untung, orang Melayu berniaga rugi. Persepsi sedemikian perlu diperbetulkan. Untung dan rugi adat orang berniaga tetapi jika bijak merancang saya percaya untungnya lebih banyak daripada rugi. Jika kita selalu memikirkan rugi, maka rugilah yang kita dapat.

Suka saya nyatakan di sini bahawa samada kita suka atau tidak, kita harus akui bahawa kita perlu belajar daripada bangsa yang berjaya menguasai ekonomi dengan melihat serta mempraktikan apa yang mereka buat kerana saya percaya hampir semua umat Islam tahu bahawa berniaga itu lebih baik daripada makan gaji kerana 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan.

Alhamdulillah setakat ini orang Melayu Kelantan masih mampu bersaing dengan bangsa asing dalam bidang perniagaan.

Post a Comment

Powered by Blogger.
Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!